BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 6 Mac 2011

5O cara untuk memikat hati Ruey~

50 Tips Memikat Hati Saya

Ini hanya menjadi satu pengukuran penerimaan saya dan juga lelaki lain terhadap teman wanita idaman dan bukan berniat untuk memarketkan diri atau bertujuan lain :) jangan pula ada orang salah faham terhadap Tip ini. kerana ia juga boleh digunakan untuk lelaki lain juga.

  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan saya dan lelaki lain.
  2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa saya mudah terpikat dengan anda.
  3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat saya dan lelaki lain.
  4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  5. Lakukan apa yang saya suka dan jangan lakukan apa yang saya tidak suka.
  6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
  7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
  8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping saya lelaki lain yang anda minati.
  9. Jangan terlalu mengongkong.
  10. Ketika berinteraksi dengan saya jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
  11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati. Tetapi bagi saya, kesopanan seorang wanita diambil berat.
  12. Sering memberikan kad ucapan buat saya atau lelaki yang anda minati untuk (1stplan) memikat diri saya.
  13. Saya sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  14. Apabila berhadapan dengan saya dan lelaki lain yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu saya bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
  15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama saya.
  16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
  18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan saya.
  19. Jangan bandingkan saya dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
  20. Menjadi teman saya ketika saya susah dan senang.
  21. Saya suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
  22. Yang paling penting saya suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
  23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian saya.
  24. Saya tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
  25. Mengetahui bila hari lahir saya.
  26. Menghormati diri saya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengan saya.
  27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. saya tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
  28. Manja!
  29. Jangan terlalu excited ketika bertemu dan berbual dengan saya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
  30. Jangan terlalu bersikap kelakian dan ganas dalam pergaulan.
  31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan perfect
  32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
  33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
  34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
  35. Sentiasa bercakap lembut dengan saya.
  36. Ketahuilah saya dan lelaki lain adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
  37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
  38. Saya sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu..!
  39. Aset penting bagi kamu untuk memikat saya adalah bibir, mata dan gaya langkah kamu yang kemas.
  40. Jangan bersikap terlalu kuno.
  41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan antara kita tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatian saya.
  42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
  43. Saya sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim kerana diri saya sama seperti orang biasa.
  44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
  45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
  46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping saya dan lelaki yang kamu minati.
  47. Saya sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
  48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
  49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
  50. Jangan terlalu over nanti saya akan meluat pula dengan kamu…!
Tetapi apa yang penting saya akan lebih minat seorang wanita itu yang boleh ikut cara penjagaan hati saya seperti Mama saya kerana saya lebih sayangkan Mama saya daripada segalanya :)

3 ulasan: